There was an error in this gadget

Sunday, May 31, 2009

Calon-calon Anak Wayang

Debaran Anak Wayang kini telah bermula. Sebagaimana yang dijanjikan, Astro telah memperkenalkan kepada 25 peserta yang layak bertanding untuk program realiti TV Anak Wayang bertujuan untuk mencungkil bakat2 lakonan. Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini 5 watak saingan yang bakal direbut itu adalah Jururawat, Mekanik, Pengurus Acara, Konco Samseng dan Pembantu Peribadi.

Jadi, 25 peserta tadi telah dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka hanya akan bertanding bagi salah satu watak sahaja mengikut kesesuaian masing-masing. Setiap Jumaat, menerusi Pentas Anak Wayang di Astro Ria, setiap kumpulan dengan 5 peserta itu akan bersaing untuk merebut watak masing-masing yang mana kemudiannya mereka berpeluang berlakon dalam siri Kecuali Cintamu di Astro Prima yang mula ditayangkan sekarang (Isnin - Jumaat).

Seterusnya, daripada 5 peserta, hanya 2 terbaik sahaja akan terpilih untuk diundi (AWUNDI), bermula Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta itu akan hanya kita ketahui dengan menonton siri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.

Saingan Anak Wayang akan bermula pada 5 Jun 2009 (Jururawat), 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).

Berikut adalah nama peserta dan watak saingan mereka:

A. JURURAWAT
1. Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) - Kuala Lumpur, 18 tahun - Pelajar

2. Norria 'Adelina Abdullah (DELINA) - Kedah, 22 tahun - Khidmat Pelanggan

3. Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) - Johor, 20 tahun - Pelajar

4. Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA) - Pulau Pinang, 23 tahun - Pelajar

5. Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA) - Pahang, 26 tahun - Pekerja Restoran


B. MEKANIK
1.Afzan A Rahman (AFZAN) - Pahang, 27 tahun - Pelakon Baru

2.Amar Mohd Baharin (AMAR) - Kuala Lumpur, 24 tahun - Model Sambilan

3.Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL) - Pulau Pinang - 21 tahun - Pelakon Baru

4.Mazlan Mokhtar (LAN) - Pahang, 26 tahun - Berkerja Sendiri

5.Lokman Sokran (LOKMAN) - Johor, 34 tahun, Eksekutif Pemasaran


C. PENGURUS ACARA
1. Faizatul Akmal Abdullah (EIZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar

2. Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar

3. Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) - Kedah, 21 tahun - Pelajar

4. Maisarah Sojangi (MAI) - Selangor, 19 tahun - Pelajar

5. Meoki Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang, 30 tahun - Pengusaha Meoki Academy

D. KONCO SAMSENG
1. Hafiz Halim (HAFIZ) - Selangor, 21 tahun - Pelajar

2. Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA) - Johor, 24 tahun - Juruteknik

3. Rosli Mohd Nor (MURSHED) - Pulau Pinang, 34 tahun - Pengurus Kafe

4. Afian Giman (YANZ) - Johor, 31 tahun - Berniaga

5. Yufazli Yusof (YUZZ) - Perak, 26 tahun - Jurulatih Sambilan


E. PEMBANTU PERIBADI
1. Noor Arlinda Lajis (ALYNN) - Johor, 23 tahun - Penyanyi

2. Nur Amirah Mohd Kamil (MIA) - Kelantan, 19 tahun- Pelajar & Pelakon

3. Nurin Aziyana Jamali (NURIN) - Johor, 21 tahun - Pelajar

4. Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) - Pulau Pinang, 22 tahun - Pelajar

5. Ooi Nor Wen (RUBY) - Perlis, 22 tahun - Pelakon Baru




always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

ANAK WAYANG... Gabungan Realiti dan Drama

Kali ini aku terpanggil untuk menulis tentang apa yang sedang berlaku di luar sana....

Setelah kita dihujani dengan pelbaga
ri program realiti berkonsepkan nyanyian, akhirnya Astro mewujudkan program realiti Anak Wayang yang bertujuan untuk mencari bakat baru pelakon tanah air. Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran secara rasminya esok 1 Jun 2009 jam 8.30 malam bagi Sesi Anak Wayang dihoskan oleh Fazura.

Pelakon terkenal tanah air pula Rusdi Ramli juga menjadi h
os bagi Pentas Anak Wayang. Peserta yang bakal dinobatkan sebagai Anak Wayang ini berpeluang untuk berlakon di dalam drama terbaru yang di tayangkan di Astro.... Panggung Anak Wayang "Kecuali Cintamu". Program ini dapat dilihat sebagai satu pembaharuan yang menarik yang dilakukan oleh Astro untuk menyemarakkan lagi dunia hiburan tanah air.



Dialog Anak Wayang.

Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program realiti Anak Wayang. Program pengenalan telah bermula pada 22 Mei 2009. Dan 25 orang peserta telah dipilih dan telah pun dikenalkan kepada media.

Sesi Anak Wayang.

Akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi Anak Wayang.

Pengacara: Fazura. Setiap hari Isnin – Rabu 9.30 malam(30 minit)

Pentas Anak Wayang.

Akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan.Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 pelajar yang masih tinggal akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.

Pengacara: Rusdi Ramli. Setiap hari Jumaat 9.30 malam (1 jam). Program penyingkiran mingguan.

Bagaimana Program Anak Wayang ini berjalan?

Pada setiap minggu, penonton dapat melihat perkembangan
lima orang peserta berlatih untuk menghayati satu watak yang telah ditetapkan dalam diari Sesi Anak Wayang .
Para peserta kemudian perlu
meyakinkan pihak juri akan kebolehan bakat lakonan mereka di dalam program Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat. Hanya dua orang peserta terbaik pilihan juri yang layak untuk diundi nasibnya.

Para penonton akan diberi kebebasan untuk memilih peserta yang dirasakan paling layak untuk membawakan watak pilihan pada minggu itu dengan mengundi melalui sistem SMS bermula pada hari Jumaat, jam 10.30 malam sehingga hari Ahad, jam 12.00 tengah hari.

Keputusan undian SMS akan hanya diketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu, pada hari Isnin, jam 8.30 malam di Astro PRIMA (saluran 105). Peserta yang mendapat undian tertinggi secara automatik akan berlakon dalam drama bersiri itu .sehinggalah watak itu dimatikan atau
dikembangkan pada minggu-minggu yang akan datang

Harus dipuji kepada Astro kerana berjaya menghasilkan
program realiti seperti ini. Masih belum ada lagi program seperti ini di Malaysia. dan diharapkan supaya program ini mendapat sambutan oleh orang ramai.


always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

Tuesday, May 05, 2009

Titik Persamaan Cinta - APA APA AJE

hello....
ketemu lg ya..(kenapa aku ckp cm indon neh)
he3
ok kali nie Belalang nak cter lak pasal titik persamaan dlm percintaan...
ape tue?
kan kiter di ciptakan lain antara satu sma lain... tapi tulah tugas kiter yg mane kiter sharusnyer mencari titik persamaan ngan org yg kiter syg tue...atau bhs mudah nyer adalah Chemistry...

ok.. cne nak cri titik persamaan tue?
emmm yg tue kne lah pk sndiri crenyer... sllunyer kalo dah jodoh tue mmg akan ader persamaan antara laki dan perempuan.... ye lah kate orang.. kalo dah jodoh x kemana kan?
Belalang mmg xde care nk bg cmne nak cri chemistry antara kapel2 nie... ye lah bende2 cmnie kan men ngan hati n perasaan... hati ngan prasaan pulak mane boleh di buat2, lg2 dlm soal cintan cintun nie....
tapi jgn risau chemistry tu akan dtg ngan sendirinye... x payh nak cri2 mmg bende tue ade
cume die muncul atau tak je....
he3

lagi pon skg nie byk sumber dr tenet atau magazine2 yg dah byk citer cmne nak cri chemistry antara laki n perempuan nie....
even tv pon dah byk citer2 cmnie kan?

salah satunye citer tv3 tue... rancangan APE-APE AJE tue....
sepatutnyer rancangan tu yg seswai tajukknye adalh ntah ape ape...yelah cube korang tgk k...
motif show tue macam nak cri kesahan lelaki dan perempuan


tidak dinafikan setiap manusia ade buat kesalahan masing2 dlm kehidupan ini.. tapi tulah yang dinamakan kehidupan... n kenapa kite nak sangat mencari seseorang yang boleh memahami diri kite nie??? KENAPA?
well, tuk jadi pelangkap kepada dri kite ini... sebab tulah diciptakan manusia ini berbeza2 fikiran dan pandangan.. dan diciptakan juga lelaki dan perempuan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain...
but itulah yang Belalang heran sangat program AAA tue mcm nak memperlagakan antara lelaki dan perempuan
... seharusnyer knelah mencri jalan penyelesaian bgaimane nak mengatasi maslah2 yg timbul antara kaum Adam dan Hawa ini... bukannnye mkin nak tmbh minyak dlm api yg tgh marak...
x nampak mane moralnyer rancangan tue... in my opinion la...
well everybody have their own perception right?


walaupn rancangan tue sudahnyer nanti akan selesaikan masalh yg dbncgkan, tapi hanye teori shj yg dpt di kongsi kan ... sbbnyer, ye lah masa dah nak abes... masa cri kesalahan lebh lama dr mase tuk cri jalan penyelesaiannyer.... kalo penonton x phm ape penyelesaiannye cmne?
mane ade mase lg nak tnye? konpem x sempat.... so jalan penyelesaian yg kononye di beri di akhir rancangan sekadar ala- ala je.. emm x tau la Belalang nak ckp pe... n plg plik dah musim ke 4 dah kalo x clp... ader jugak penonton yg setia/....
Belalang bukannyer x setuju ngan rancangan nie... Setuju.. tapi x perlulah kiter nak mencari kesalahan antara laki atau perempuan... sometimes aku rase cm dah xde modal dah nk dibawa berbincang... topik2 yg x relevant n remeh temeh pon boleh di jadikan issue....
what ever la .. pape pun tepuk dada tnyer lah dri sendiri cmne kiter nak terima apa yg disampaikan coz PK rase rakyat Malaysia sekarang nie dah bijak...

But Belalang kan suke sangat ngan rancangan yg TV3 tyg x lama dlu.... tajuknnye VICE VERSA
yelah Belalang rase rancangan tue membawa persepsi yg berbeza berbanding rancangan2 yg seumpamanya seblm nie...



Tahniah kepada Aziz b Osman kerana berjaya menghasilkan citer nie... setiap episod jalan citernyer menarik n ape yg bgusnyer adalah citer nie bertindak adil ngan melihat persepsi dr sudut lelaki dan perempuan yg mane bende tue totally different between these 2 gender.
so, kiter dpt tau ape yg perempuan pkrkan & dlm mase yg same ape yg lelaki juga pkrkan,,,
rasenyer citer nie patut di teruskan lg kerana mmg bagus n adil dri sudut perspektif jantina.
so... Belalang tgu sekuel citer nie... harap2nyer ade la lg.... he3

So berbalik kepada tajuk utama kiter berkenaan Chemistry...
so x susah nak cri bende tue... kate orang setiap persamaan antara kiter dan si dia akan wujudnyer keserasian yg x mungkin kiter bygkan kelak.
so GUd luck la mencari keserasian di luar sane.... ok

XOXO
Belalang

always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...