Sunday, May 31, 2009

ANAK WAYANG... Gabungan Realiti dan Drama

Kali ini aku terpanggil untuk menulis tentang apa yang sedang berlaku di luar sana....

Setelah kita dihujani dengan pelbaga
ri program realiti berkonsepkan nyanyian, akhirnya Astro mewujudkan program realiti Anak Wayang yang bertujuan untuk mencari bakat baru pelakon tanah air. Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran secara rasminya esok 1 Jun 2009 jam 8.30 malam bagi Sesi Anak Wayang dihoskan oleh Fazura.

Pelakon terkenal tanah air pula Rusdi Ramli juga menjadi h
os bagi Pentas Anak Wayang. Peserta yang bakal dinobatkan sebagai Anak Wayang ini berpeluang untuk berlakon di dalam drama terbaru yang di tayangkan di Astro.... Panggung Anak Wayang "Kecuali Cintamu". Program ini dapat dilihat sebagai satu pembaharuan yang menarik yang dilakukan oleh Astro untuk menyemarakkan lagi dunia hiburan tanah air.



Dialog Anak Wayang.

Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program realiti Anak Wayang. Program pengenalan telah bermula pada 22 Mei 2009. Dan 25 orang peserta telah dipilih dan telah pun dikenalkan kepada media.

Sesi Anak Wayang.

Akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi Anak Wayang.

Pengacara: Fazura. Setiap hari Isnin – Rabu 9.30 malam(30 minit)

Pentas Anak Wayang.

Akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan.Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 pelajar yang masih tinggal akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.

Pengacara: Rusdi Ramli. Setiap hari Jumaat 9.30 malam (1 jam). Program penyingkiran mingguan.

Bagaimana Program Anak Wayang ini berjalan?

Pada setiap minggu, penonton dapat melihat perkembangan
lima orang peserta berlatih untuk menghayati satu watak yang telah ditetapkan dalam diari Sesi Anak Wayang .
Para peserta kemudian perlu
meyakinkan pihak juri akan kebolehan bakat lakonan mereka di dalam program Pentas Anak Wayang pada setiap hari Jumaat. Hanya dua orang peserta terbaik pilihan juri yang layak untuk diundi nasibnya.

Para penonton akan diberi kebebasan untuk memilih peserta yang dirasakan paling layak untuk membawakan watak pilihan pada minggu itu dengan mengundi melalui sistem SMS bermula pada hari Jumaat, jam 10.30 malam sehingga hari Ahad, jam 12.00 tengah hari.

Keputusan undian SMS akan hanya diketahui dengan menonton drama bersiri Kecuali Cintamu, pada hari Isnin, jam 8.30 malam di Astro PRIMA (saluran 105). Peserta yang mendapat undian tertinggi secara automatik akan berlakon dalam drama bersiri itu .sehinggalah watak itu dimatikan atau
dikembangkan pada minggu-minggu yang akan datang

Harus dipuji kepada Astro kerana berjaya menghasilkan
program realiti seperti ini. Masih belum ada lagi program seperti ini di Malaysia. dan diharapkan supaya program ini mendapat sambutan oleh orang ramai.


always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

0 stalkers baik hati komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...