Sunday, May 31, 2009

Calon-calon Anak Wayang

Debaran Anak Wayang kini telah bermula. Sebagaimana yang dijanjikan, Astro telah memperkenalkan kepada 25 peserta yang layak bertanding untuk program realiti TV Anak Wayang bertujuan untuk mencungkil bakat2 lakonan. Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini 5 watak saingan yang bakal direbut itu adalah Jururawat, Mekanik, Pengurus Acara, Konco Samseng dan Pembantu Peribadi.

Jadi, 25 peserta tadi telah dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka hanya akan bertanding bagi salah satu watak sahaja mengikut kesesuaian masing-masing. Setiap Jumaat, menerusi Pentas Anak Wayang di Astro Ria, setiap kumpulan dengan 5 peserta itu akan bersaing untuk merebut watak masing-masing yang mana kemudiannya mereka berpeluang berlakon dalam siri Kecuali Cintamu di Astro Prima yang mula ditayangkan sekarang (Isnin - Jumaat).

Seterusnya, daripada 5 peserta, hanya 2 terbaik sahaja akan terpilih untuk diundi (AWUNDI), bermula Jumaat, jam 10.30 malam hingga Ahad jam 12 tengah hari. Keputusan siapa terpilih antara 2 peserta itu akan hanya kita ketahui dengan menonton siri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada hari berikutnya, Isnin, jam 8.30 malam.

Saingan Anak Wayang akan bermula pada 5 Jun 2009 (Jururawat), 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).

Berikut adalah nama peserta dan watak saingan mereka:

A. JURURAWAT
1. Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) - Kuala Lumpur, 18 tahun - Pelajar

2. Norria 'Adelina Abdullah (DELINA) - Kedah, 22 tahun - Khidmat Pelanggan

3. Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) - Johor, 20 tahun - Pelajar

4. Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA) - Pulau Pinang, 23 tahun - Pelajar

5. Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA) - Pahang, 26 tahun - Pekerja Restoran


B. MEKANIK
1.Afzan A Rahman (AFZAN) - Pahang, 27 tahun - Pelakon Baru

2.Amar Mohd Baharin (AMAR) - Kuala Lumpur, 24 tahun - Model Sambilan

3.Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL) - Pulau Pinang - 21 tahun - Pelakon Baru

4.Mazlan Mokhtar (LAN) - Pahang, 26 tahun - Berkerja Sendiri

5.Lokman Sokran (LOKMAN) - Johor, 34 tahun, Eksekutif Pemasaran


C. PENGURUS ACARA
1. Faizatul Akmal Abdullah (EIZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar

2. Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar

3. Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) - Kedah, 21 tahun - Pelajar

4. Maisarah Sojangi (MAI) - Selangor, 19 tahun - Pelajar

5. Meoki Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang, 30 tahun - Pengusaha Meoki Academy

D. KONCO SAMSENG
1. Hafiz Halim (HAFIZ) - Selangor, 21 tahun - Pelajar

2. Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA) - Johor, 24 tahun - Juruteknik

3. Rosli Mohd Nor (MURSHED) - Pulau Pinang, 34 tahun - Pengurus Kafe

4. Afian Giman (YANZ) - Johor, 31 tahun - Berniaga

5. Yufazli Yusof (YUZZ) - Perak, 26 tahun - Jurulatih Sambilan


E. PEMBANTU PERIBADI
1. Noor Arlinda Lajis (ALYNN) - Johor, 23 tahun - Penyanyi

2. Nur Amirah Mohd Kamil (MIA) - Kelantan, 19 tahun- Pelajar & Pelakon

3. Nurin Aziyana Jamali (NURIN) - Johor, 21 tahun - Pelajar

4. Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) - Pulau Pinang, 22 tahun - Pelajar

5. Ooi Nor Wen (RUBY) - Perlis, 22 tahun - Pelakon Baru




always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

0 stalkers baik hati komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...