Monday, June 07, 2010

Ekysen Gilerrrr ......

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di Kuala Lumpur. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi.

"Mr John, inilah menara Dayabumi. Dibuat dari marmar putih. Bila malam ia berkilauan. Kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya." Kata pemandu teksi dengan bangga.

"Ceh! Kalau di USA...bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja." Kata pelancong tadi dengan berlagaknya.

Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL, pelancong tadi dibawa ke Menara KL.

"Mr John, inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err...dua bulan untuk menyiapkannya." Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.


"Oh...kalau di USA..bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja." Kata pelancong tadi dengan berlagaknya lagi.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu, pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih...menyindir..

"Che Mat, berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu?" Kata pelancong tadi sambil menunjukkan ke arah KLCC.

"Apa?" Kata pemandu teksi tadi. "Mana bangunan?" Kata Pemandu itu lagi kehairanan.

"Itu..yang tinggi tu.." Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC.

"La......Usupadora...entahlah Mr John...semalam saya lalu kat sini takde pulak bangunan ini. Bila pulak bangunan ini tumbuh...hish!..impossible." Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam lalu tersipu-sipu malu.

always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

16 stalkers baik hati komen:

Blog Eazy Izzuddin said...

isk3...
hype

aDfeez said...

hai eazy... lama x nmpk... ingtkn da x sudi nk jenguk bllg.. :(

heh.. nnti bllg akan meyinggah ke blog kamu :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

hehehe... taxi driver tu sangat bagus...
:)
ape2 pun sikap berlagak tu tak bagus.
hehehe

Belalang hijau Perisik said...

negara kita ade bangunan tinggi mcm tue ke?

lor,apsal belalang tak tau?baru siap kemarin kot...

huhuhuh

Unknown said...

hahaha..laju gile org mlysia buat klcc..lam shari dah siap..wakakaka

Anonymous said...

salam bllg..bangganya kita mempunyai pemandu teksi yg bijak ...hehe..

Anonymous said...

salam bllg..hehehe bijak juga pemandu teksi tu ya..bagus juga kita ajar mat salleh yg sombong tu..

aDfeez said...

vee ~> hihi... berlagak mmg x bgus... tp padan muka mat salleh tu.. :P

aDfeez said...

belalang ~> haha.. bllg pun x pasan ek? :P

aDfeez said...

apiih ~> apiih blh buat apa2 x yg leh siap dlm sehari? :P

aDfeez said...

cik yam ~> bangga kan??? hehe ,, proud to b malaysian ;)

aDfeez said...

cikyam ~> mat salleh tu msti tpuk dahi.. aku da terkena daaaa ;P

Unknown said...

terbaik pemandu teksi tu..

Nas said...

ahahahha...nice entry...baru terkena batang idong si john tue...berlagak la sangat..:P

aDfeez said...

edy ~> terbaik kan??? hehe.... mana nk crik drebar texi cmtu :P

aDfeez said...

nas ~> hahaa... tu la.. bloody arrrogant english! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...