Friday, May 21, 2010

RM 50.....

ISmaiL dan isterinya, Suziela pergi ke pesta PUlau Pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara, Ismail termenung.

" Suzie, abang teringin nak naik pesawat tu, " kata Ismail.

Setiap tahun Suzie akan bagi alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.

"Tak payahlah bang, Rm 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Suzie dan Ismail pergi lagi ke pesta tu. Ismail masih lagi ingin menaiki pesawat tu.

"Suzie, abg dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya " kata Ismail.

"Abang, RM 50 tu mahal, membazir sahaja," kata Suziela.

Sedang mereka berbual, tiba2 juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.

" Makcik dan Pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa berada di udara. JIka makcik atau pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50." kata juruterbang.

Suziela dan Ismail setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan pelbagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua2 mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi ngeri tetapi pasangan itu tetap tidak menjerit.

"Wah.. hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk buatkan pakcik dan makcik menjerit tapi tidak berjaya," kata juruterbang.

"Sebenarnya pakcik nk menjerit semasa Suzie terjatuh dari pesawat tapi RM50 tu besar, membazir saja, " kata Ismail..
always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

14 stalkers baik hati komen:

♥ Juliana Violet ♥ said...

adoooiii...
duit lebih pentingdr nyawa???
*funny anyway* :)

Boy said...

hahahah kesian gilaaa suzie

Unknown said...

lebih pentingkan duit dari nyawa..huhu

Belalang hijau Perisik said...

hahaha...
tue la syg sgt duit....
huhuhu...

Anonymous said...

salam bllg..tersenyum makcik ..pandailah bllg buat lawak..yalah bagi pasangan marhaen ni RM50 tu besar..
..rela mempertaruhkan nyawa gara2 nak naik kapal terbang..hehe..

aDfeez said...

vee ~> hihi... tula... duit pntg x vee?? :p

aDfeez said...

boy ~> kan.... tau xpe.. :P

aDfeez said...

apiih ~> nk buat cmne... lain org.. lain kepentingannya :p

Nas said...

ahaks...lawak3....mak cik n pak cik nie...materialistik tol...huhu

aDfeez said...

belalang ~> hihi... bllg x syg duit? :P

aDfeez said...

cikyam ~>hihi... lwak hilangkan stress je ...:P

Nas said...

tapi kalu bagi sejuta atau suzie,saye pilih sejuta..hahahaha

aDfeez said...

nas ~> hahaha... dah selalu berjimat aktanya...:P

aDfeez said...

nas ~> hahaha.. dah sah2 suzie tu da tua kan? :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...