Monday, June 14, 2010

Azab seorang Cikgu .....

Kelas yang tadi riuh rendah tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: Umno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!

Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab kami orang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata umno salah!
Murid-murid: Kami dengar keadilan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi..



p/s : lawak tiada kene mengena ngan isu semasa yea... :)
always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

12 stalkers baik hati komen:

Pojiepooh Abdullah said...

Tak tahulah cikgu tuh sengal atau anak murid tlebih bijak ;p

Love,
PojiePooh Abdullah

Unknown said...

kompem cikgu terus tak masuk

Anonymous said...

salam bllg..kalaulah ada cikgu yg macam tu murid2 bukan makin pandai tapi makin bodoh n dungu..minta2 jgnlah ada cikgu yg macam tu..biar dalam film pramli je le..

Blog Eazy Izzuddin said...

ayyak sian cikgu itu
hehe
tu la pandai sgt
=P
xD

Unknown said...

otak murid2 nih sume pandai2..hahaha

aDfeez said...

pojie ~> hahaha... ntah la.. harap2 xde ckgu yg sengal kt dunia nie.. :)

aDfeez said...

edy ~> edy tlg ajarkan la... blh? :P

aDfeez said...

cikyam ~> wslm... haha.. bllg pun takot kalo ada ckgu mcm tu.. harap dijauhkan :P

aDfeez said...

eazy ~> hehe... sian kan??? eazy dlu pun mst cmtu.. buli ckgu! :P

aDfeez said...

apiih ~> haha.. slh sorg tu bllg la. :P

Belalang hijau Perisik said...

murid: mengalah,tidak!

huhuhu mmg best

aDfeez said...

belalang ~> hahaha... kan!!! sangat bijak.. bllg pun cmtu k dlu2? :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...