There was an error in this gadget

Wednesday, March 24, 2010

NAsi LEmak KAMpong BAru....




PENGAJARAN UNTUK SEMUA............


Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ....

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya
meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejutsaya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau,

penuh dengan...............................????









NASI LEMAK !!!!!



Heh...Heh... . Heh...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer........Bllg mereng skit mlm2 nie.. hehe




*p/s : Janganlah mare! Bllg pun terkene daaaaa ......"Siut betul!!! Bukan main surius bllg baca cerita ni...hohohoo....(X_X) peace no war

always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

9 rakyat jelata:

Mazru Majid said...

wakakakaka suspen je belalang nih!!! hahahah.

Mazru Majid said...

uik 1st! hehe

apiih said...

hahaha...nasib baik bwh tilam tu bkn ade blalang...

mohdandmeriam said...

YALAH....YALAH.....YALAH...(marah ni)mujur tak termuntah mak cik tadi..sebab pernah gi makan kat situ...mujurlah pengakhirannya baik..kalau tak nak mak cik saman belalang..setuju dgn apiih..nasib baik bwh tilam tu bkn bllg..kalau tidak mak cik pijak2 tilam tu hahaha..

E.d.Y said...

tak baik...marah semua peniaga nasi lemak kat kampung baru...

BELALANG said...

mazru : heheh bllg pun terkena jugak =P
wah.. thanks sbb jadi yg pertama =)

apiih : nk tgk bllg penyek ke?? ish2...

cik yam : ish2.. sian kt bllg suma nk pijk yea.. xpe.. meh bllg offer kopi nak x? =P

edy : ala.. jgn mrh sy.. gurau je dong ;)

Mas Aji said...

nasi lemak kg baru memang sedap.mas ai pernah pi dan makan kat sana..

BELALANG said...

yupp... mmg sdp.. cter nie belalang gurau je.. hehe =P

:: hayati :: said...

wt penat je khusyuk membace....ingtkn btol.....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...