There was an error in this gadget

Tuesday, March 09, 2010

Siapa ketawa Belalang tembak!!!! =P

Mari bergelak ketawa dengan belalang...
eh lupa.. jgn ketawa tau!!! hehe =P

JANGAN KETAWA 1:

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."


******************************************

JANGAN KETAWA 2:

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!"

******************************************

JANGAN KETAWA 3:

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

******************************************

JANGAN KETAWA 4:

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...

Samdol : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..

Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"

Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"


******************************************

JANGAN KETAWA 5:

Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama,
"apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun",
orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan

Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab " saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum" lalu org gila itu dilepaskan.

Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab" saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap..." lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital"


peace no war !!! =)

always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

10 rakyat jelata:

E.d.Y said...

(tutup mulut tahan gelak)

..::..ein..::.. said...

belalang xleh tembak ein...sebab ein baca x ketawa pun.....senyum je :)

manueng said...

sy ketawa...tp sume org panggil sy aisyah...so jgn tembak sy...huhu

apiih said...

x gelak pon,xketawa ponx gelak pon,xketawa pon :( :(

:: hayati :: said...

same cm apiih.........uwaaaaaaaa

BELALANG said...

edy : clak clak ( bunyi senapang ptah)

ein : btul nie????? hurmmm =?

manueng :hahahha... baik aish... sy lpaskan awk...

apiih & yatie : korg xde perasaan nieh.. hehe =P

mohdandmeriam said...

salam bllg..hahahaha.. tak ketawa pun hanya gelak je..macam2 idea bllg ,yalah bermata besar dah tentu banyak yg dapat melihat hehehe..suka sangat dgn cerita/lawak you tau..teruskan cari kerana ia boleh menghilangkan stress..

Abg Din said...

aduh... tak menahan....

orang asli tu bikin pecah perut... dapat abgdin bayangkan muka belalang yg blur....

mesti yg beli durian tu belalang kan?

kihkihkihkih....

BELALANG said...

mohd&meriam : hehehe... bllg pun mmg xnk org stress2 ... hehe =)

abg din : hahaha... kan??? msti blur sangt muka die

eh.. jap2.. nie abg din ngan kak yam gelak nie.. nk kene tmbak ker?? =P

Miss jane said...

成人論壇,080聊天室,080苗栗人,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人電影,成人遊戲,成人文學,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,正妹牆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...