Tuesday, December 28, 2010

Fakta atau AUta....


Fakta yang memang auta tetapi tetap fakta.
1. Katak boleh dieja terbalik kataK dan masih berbunyi katak tetapi jika kita terbalikkan katak, belum tentu ia akan mengeluarkan bunyi.
2. Kuda amat kuat berlari dan mampu memberi duit haram yang banyak tetapi penagih pil kuda menghabiskan banyak duit haram untuk benda haram.
3. Arak mula dicipta oleh manusia, saya ulang MANUSIA, bukan anjing, bukan babi dan bukan beruk tetapi apabila manusia mabuk, 3 binatang inilah yang mereka sebut, pelik tapi benar.
4. Ikan kaya dengan protein dan dijual dengan harga yang mahal tetapi nelayan tetap miskin, memang misteri.
5. Ramai pemimpin negara suka bersedekah, tolong anak yatim, tolong orang susah, bagi duit pada rakyat, bagi makanan dan pakaian serta duit saku pada fakir miskin dan bagi sumbangan pada badan-badan tertentu, mereka sungguh pemurah apabila dekat pilihan raya.
6. Kabinet dan kerusi merupakan perabot yang paling biasa didapati di rumah-rumah Malaysia dan perkataan kerusi berasal dari bahasa Portugis manakala kabinet pula berasal dari perkataan Inggeris tetapi mereka berebut hendak jadi kabinet dan kerusi, memang misteri.
7. Rom tidak didirikan dengan mesyuarat tetapi dengan menghapuskan pihak yang menentang mereka, sama juga seperti Amerika, Russia, Israel, Britain dan lain-lain (aku tak berani sebut, nanti kene saman).

always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

4 stalkers baik hati komen:

miss miera said...

ok ...
pengetahuan baru .. heee :)

mrs eyza said...

amboi AD..pepagi dah kwaq entri fakta auta ekk... ;)

aDfeez said...

miss miera ¬> hehehe... bguslah :D

aDfeez said...

far _east ¬> hehe.. mcm hot.fm pulak kan/.....:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...