Saturday, March 19, 2011

Aku bermimpi.....

aku mimpi di alam kayangan... 
mimpi aku , akulah Raja di bumi ciptaan ku sendiri...
aku yang berpengaruh... berkuasa dan punya segala...
tp aku seorang raja yang kejam....

mana2 orang yang "slack" atau "kekwat" ngan aku...
akan aku sula depa....
sebelum sula.. aku akan kurung dlm kandang lembu selama seminggu...

satu hari... sedang asyik aku berjalan2 di tepi muara,...
aku terlihat sebuah kampung yang aman permai...
aku mencari ketua kampung sbb ni bukan jajahan aku..

kataku :
"Ingin beta menjadikan kampung ini sebagai tanah jajahan beta"

katanya :
" tuan hamba ini siapa? masuk kampung saya dan mahu mengubah segala?
apakah tuan hamba ini raja yang bertakhtakan mahkota?"

kataku :
"tuan hamba tidak kenal hamba? barangkali mungkin tuan hamba tidak mengikuti
berita perkembangan semasa.. hambalah... 
Raja Jajahan Alam (aku pun tatau knp nama aku pelik sgt)
beta ingin menjadikan wilayah ini sebagai kawasan hamba...
this is our territory.. "

katanya : 
"jika benar tuan hamba ini adalah Raja seperti yang di propagandakan..
sila tunjukkan ID pengenalan tuan hamba"
*time ni dah ada ID pengenalan...
dlm tu siap tulis pangkat lg...*

kataku :
"baiklah.. seperti yang di pinta"....

katanya :
"ampun tuanku... maafkan hamba kerana tidak mengenali tuanku..
ikutlah hamba ke rumah penghulu untuk meneruskan hajat tuan hamba.."



************************************

sesampai rumah penghulu...

kataku :
"tok penghulu... beta ingin menjadikan kampung ini sebagai tanah
jajahan beta... beta rasa kampung ini sesuai dijadikan pusat perdangangan..."

katanya :
"tidak boleh tuanku.... kerana kampung ini terlalu kecil dan indah sekali..
jika tuanku menjadikannya sebagai pusat perdagangan..
maka terlupuslah segala keindahan di kampung ini..
kami juga berasa aman di kampung ini..
kami tidak ingin sebarang perubahan tuanku...

kataku:
"jadi kamu murka arahan beta..????"

katanya:
"hamba terpaksa pertahankan kampung hamba...
tidak ingin hamba melihatkan kampung ini porak peranda"

kataku : 
"baiklah.. kalo begitu.. tunggu saja arahan dr beta..
akan beta sularrrrkan tuan hamba sebagai hukuman 
kerana mengingkari arahan beta 

katanya :
"silakan tuan hamba... selagi hamba berpijak di bumi ini..
akan hamba pertahankan apa yang hamba rasakan"

kataku :
"huh... kekwat"

lagu aku berangkat pulang ke negeri aku sendri...
sesampai aku di negeri aku sendiri...
kampung aku tiada.. semuanya abis di bakar.. 
yang tinggal adalah rangka2 rumah dan abu2 yang 
berterbangan di udara...

kosong... 
gelap...
lambat aku jalan
sorang.. 
terduduk aku di situ..
termenung...

*bunyi lagu perang...
aku bangkit...
cemas
aku tau... serangan dr negeri Rembis sudah tiba..
mati aku...
bagaimana aku ingin mempertahankan jajahan aku
jika aku sorang sahaja???

dr jauh aku nmpk kelibat sorang demi sorang..
mereka dtg menerpa ke arahku..
DAN!!!
agrhhhhhhhhhhhh

klak!!!
lampu bilik terbuka...
mengigau ker? memekak mekak dr luar blh dgr suara ko..

aku bangkit dan sengih....


always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

18 stalkers baik hati komen:

Oasis said...

Ada impian nak jadi Raja rupanya...dapat bermimpi pun jadi lah kan. Dapat jugak merasa walau ending tak berapa nak happy. Kahkah

Lucu said...

ahahaa...da tergolek2 lucu gelak. klakar betol. boleh plak mimpimcm tu yer, n pic baby tu cute sgt. nice entry btw :)

aDfeez said...

oasis ~> hahahaa... macam2 mimpi indah.. sumenya sukar dimengerti..:D

aDfeez said...

Lucu ~> hehehe.. xdelah lucu mana pun.. byk mengarut je... :P

Anonymous said...

Daulat tuan Ad.. daulat.. hahaha

AH7 said...

macam ah ko ni Ad..hahahah..

arang67 said...

mimpi dah best dah..ending dia plak cmtu..hahhaa

.Dilla Nur. said...

hadoii....parah2...aD ni...tatau la nak jadi pa dah ni...haishh... *geleng2 pale

niesz said...

hehehe..mimpi zaman dahulu kala yer.. :)

mr.syazwan said...

dalam mimpi katanya..

suka kan nak mimpi jd raja ler puteri le

xde org nak mimpi jd cleaner ke, juru jual kuih ke.. hohoho

gurau2..

tpi suka ayat "klak" hahaha

tomey

^_^

HEROICzero said...

fikir jauh sikit, dan layak kalau aku namakan kampung itu, Kampung Baru.

Raja datang nak mahu memilik sesuka hati.

heh.

kepala hotak kau la 'Raja'.

aDfeez said...

khaifaiz ~> ooooo brani tuan hamba gelakkan beta.. mau kene sularrrr? :P

aDfeez said...

ah 7 ~> mimpi mmg mengarut kan??? :P

aDfeez said...

arang 67 ~> erk... tu la.. mengarut btul ending die.. tah apa2 tah.. tibe2 je sume dah mati..

aDfeez said...

dilla ~> hahaha.. mana leh control mimpi... heheheh :P

aDfeez said...

niesz ~> terikut dengan merong mahawangsa kot... :P

aDfeez said...

mr syazwan ~> haah kan.. btul jugak.. pelik sbb x pnh lg mmpi jadi cleaner... hehehhe...

cliche sangat...:P

aDfeez said...

heroic ~> hahahaha... mmg raja nie sengal skit... ikut kepala hotak die je...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...