There was an error in this gadget

Wednesday, January 12, 2011

Menantu dan MEntua....

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak
kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia
ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas
tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang
menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.




Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi
makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… . agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni
… mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa… Mereka bermain set kedua… Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur
lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena… .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah…
Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…



crdt : eyra94
always be a good boY/gaL... dont Get SpanK!!!~[^_*]V~

28 rakyat jelata:

Oasis said...

kadang2 sesuatu insiden boleh merubah segala-galanya...

mia.lia said...

haha..trbaikkk

iris said...

interesting!!!! tu la kan.... nk tego mesti kene gaya...tp kira ok lah bapa mertua dia leh terima teguran tp kan confuse arr mertua ke mentua hah???

Tuya said...

Good story! jap lagi nak main dam

NAZRUL AZAT said...

alhamdulilah.....

mohdandmeriam said...

salam adfeez..baguslah masing2 pandai menyedarkan menantu n mertua dgn secara halus..masing2 tak terluka hati..

sissyira said...

salam

huhuhu..

takut nak jadi menantu :D

Aizuddin Hanis said...

huhuhu~~klaka betol cite ni...same2 dpt pngajaran...

ADfeez said...

oasis ~> setuju... u mmg bijak kn dlm berkata2...:D

ADfeez said...

mia.lia ~> hehehe.. cambest x? :P

ADfeez said...

iris ~> haah ek.. mentua ke mertua... ad pun pening2 lalat nie.. hihi :P

ADfeez said...

tuya ~> yeahhh.. kasi mng ok! ;D

ADfeez said...

nazrul azat ~> alhamdulillah... baiknya :)

ADfeez said...

mohd n meriam ~> slg respect each other :)

ADfeez said...

sissyira ~> hehee.. bila tu? jgn lupa jmput yer...:D

ADfeez said...

aizuddin hanis ~> take note. nnti ang mcm tu...:P

atie said...

kisah yang sarat ngan moral value!(^_^)

tp kan..biasela..orang lelaki makan byk..hehhe

ADfeez said...

atie ~> yay!!!! i like ur comment tau...
bila nk blnje ad makan? ngeh ngeh :P

anamizu said...

wahh bagusnye...tarik rambut dlm tepung..hihi

ADfeez said...

anamizu ~> wah.. suka peribahasa tu!!! hehe :thumsb up:

E.d.Y said...

dua2 peringatan untuk hang tu..haha

De Mois said...

Lain kali main chess la, mesti tak kantoi nye. Haha..
Cuba ini di SuaraSendiri :
Utama : Berhadapan situasi lawak tak menjadi-Part 2
Segmen Santai : Peribahasamu Peribahasaku-tidak terperi

BRO_MONDAY said...

salam adfeez ('',) fuh~ terbaik lah entry ni...cite nye best + layan wooo...makan dalam setempek kat dahi kamal dan pak metua nye...lawak pun ada, tapi penuh makna...ai laik dis...

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "@ ReVoLuSi RaMBuT @"

CahayaCintaIlahi said...

hehe tERbaek seyh AD..
tegUr yg agak mendalam
tapi cara tegUr tu.
perrgghh mantap hehe ;)

ADfeez said...

de mois ~> hahaha... main saidina lah.. ok x? :P

ADfeez said...

bro monday ~> wslm.. hehe.. glad u like it...
inilah cara berhemah nk mengutuk org.. ekekek :P

ADfeez said...

edy ~> untk hang gak... kiikijki :P

ADfeez said...

cahaya cinta ilahi ~> hehee.. cara halus... org pmpuan lg bijak dlm benda2 cmnie :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...